BLOG INI DIBANGUNKAN UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR
TINGKATAN SATU BAGI MENNDAPATKAN NOTA-NOTA DAN LATIHAN BAGI PERSEDIAAN
PEPERIKSAAN
Permainan
pingpong dikenali sebagai juga sebagai tenis meja dan merupakan salah satu
permainan dalaman yang popular dipertandingkan di peringkat antarabangsa.
Permainan ini boleh dimainkan secara perseorangan ataupun secara berpasangan (
beregu ).
Permainan pingpong dipercayai
bermula di England pada kurun ke-12. Ketika itu pemain tidak menggunakan
peralatan seperti sekarang. Mereka menggunakan buku sebagai jaring, kadbod
sebagai raket dan bola yang diperbuat daripada tali.
Permainan ini terus diminati dan
diperkenalkan ke Jepun, Korea, India, dan Afrika Selatan oleh tentera Inggeris.
Persekutuan Tenis Meja Antarabangsa ( ITTF ) ditubuhkan pada 15 Januari 1926
dan Kejohanan Tenis Meja Sedunia yang pertam telah diadakan di London pada
tahun 1927. Di negara kita, ianya bermula pada tahun 1958.
Dalam permainan pingpong, pemain
perlu menguasai beberapa kemahiran seperti cara memegang bet dan cara melakukan
pukulan, supaya dapat bermain dengan baik dan seterusnya meningkatkan prestasi
permainan.
Oleh sebab permainan pingpong
adalah permainan yang pantas, pemain perlu sentiasa bersedia untuk membuat
serangan atau bertahan. Kedudukan bersedia akan memudahkan pemain untuk
bergerak dengan pantas mengikut keadaan. Selepas melakukan pukulan, pemain
sepatutnya segera kembali kepada kedudukan bersedia. Kedudukan bersedia adalah
dalam permainan pingpong adalah seperti berikut :
Ø
Buka kaki mengikut keselesaan
Ø
Bongkok sedikit
Ø
Berat badan pada bebola kaki
Ø
Lutut, siku dan pergelangan kaki bengkok
Ø
Bet dibawa ke hadapan
KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN PINGPONG
Kemahiran
yang perlu dipelajari dan dikuasai dalam permainan pingpong ialah grip atau
cara untuk memegang bet, melakukan servis, pukulan dan smash.
A ) Grip ( Memegang bet )
Terdapat
dua jenis grip yang biasa digunakan, iaitu grip jabat tangan dan grip pegang
pen. Setiap jenis grip mempunyai kelebihan. Bagaimanapun, pemain biasanya
pemain menggunakan grip mengikut keselesaannya.
i ) Teknik
grip jabat tangan
Ø Kelima-lima jari menggenggam pemegang seperti berjabat
tangan
Ø Ibu jari dan jari telunjuk berada di bahagian
permukaan bet yang berlainan
Ø Jari tengah,jari manis dan jari kelengkeng menggeggam
sepenuhnya pemegang bet
Ø Jari telunjuk lurus dan ibu jari dibengkokkan sedikit
Ø Pegang bet dalam keadaan selesa
Teknik jabat tangan
ii) Teknik
grip pegang pen
- Ibu jari dan jari telunjuk menggenggam pemegang seperti memegang pen
- Jari-jari lain dibengkokkan sedikit dibahagian belakang bet
- Pegang bet dengan keadaan selesa
Ø
Teknik pegang pen
B)
Servis
Permainan pingpong dimulakan dengan salah
seorang pemain melakukan servis. Servis yang baik akan memudahkan pemain
mendapat mata apabila pemain lawan gagal mengembalikan bola. Jika pemain lawan
membalas secara bertahan, ini member peluang kepada pemain supaya terus membuat
serangan. Servis boleh dilakukan dengan pukulan hadapan ataupukulan kilas.
i) Teknik melakukan servis pukulan hadapan
Ø
Kedudukan bersedia
Ø Letakkan
bola di atas tapak tangan dengan jari-jari diluruskan
Ø Kilaskan
badan dan ayunkan tangan ke belakang
Ø Pindahkan
berat badan ke kaki kanan ( jika bola di tangan kiri )
Ø Lambung
bola
Ø Kilaskan
badan serentak dengan ayunan tangan
Ø Pukul
bola sebaik sahaja bola jatuh
Ø
Pindahkan berat badan ke kaki kiri
Servis pukulan hadapan
ii) Teknik melakukan servis pukulan kilas
Ø
Kedudukan bersedia
Ø Letakkan
bola di atas tapak tangan dengan jari-jari diluruskan
Ø Bawa
bet menyilang badan
Ø Kilaskan
badan
Ø Pindahkan
berat badan ke kaki kiri
Ø Lambung
bola
Ø Kilaskan
badan serentak dengan ayunan tangan ke hadapan
Ø Pukul
bola sebaik sahaja bola jatuh
Ø
Pindahkan berat badan ke kaki hadapan
Servis pukulan kilas
C )
Pukulan
Terdapat dua jenis pukulan asas dalam
permainan pingpong iaitu pukulan hadapan dan pukulan kilas Semasa melakukan
pukulan, tangan hendaklah dalam keadaan selesa. Kekuatan pukulan bergantung
kepada kilasan badan, ayunan lengan dan pergerakan pergelangan tangan.
i) Teknik melakukan pukulan hadapan
Ø
Kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang
Ø Pindahkan
berat badan ke kaki belakang
Ø Pandang
bola dan bawa bet rapat ke badan
Ø Kilaskan
badan bersama ayunan tangan ke hadapan
Ø Pada
kedudukan bola yang sesuai, pukul bola yang melantun dari meja
Ø
Pindahkan semula berat badan pada kaki hadapan
Pukulan hadapan
ii) Teknik melakukan pukulan kilas
Ø
Bawa bet menyilang ke sisi badan
Ø Kilaskan
badan dan pindahkan berat badan ke kaki belakang
Ø Mata
memandang bola
Ø Balas
kilas badan serentak dengan ayunan tangan ke hadapan
Ø Pada
kedudukan bola yang sesuai,pukul bola yang telah melantun dari meja
Ø
Pindahkan semula berat badan pada kaki hadapan
Pukulan kilas
d)
Smash
Melakukan smash boleh menyebabkan pemain
lawan sukar untuk membalas pukulan. Bola yang hendak
dismash perlu berada peda
kedudukan yang sesuai. Kemahiran melakukan smash adalah gabungan pergerakan pergelangan tangan, lengan dan kilasan badan. Smash boleh dilakukan secara
pukulan hadapan atau pukulan kilas dengan gerakan yang lebih pantas.
Teknik melakukan smash
Ø
Ayunkan tangan ke belakang lebih jauh
Ø Pindahkan
berat badan sepenuhnya ke kaki hadapan semasa ayunan ke hadapan
Ø Lakukan
pukulan dengan pantas semasa bet menyentuh bola
Ø
Iku lajak sepenuhnya.
Seorang pemain sedang melakukan smash
Gerak badan semasa melakukan smash
KESELAMATAN SEMASA BERMAIN PINGPONG
Ø
Lakukan aktiviti memanaskan badan dan
menyejukkan badan
Ø
Gunakan pakaian dan kasut yang sesuai
Ø
Pastikan meja dan peralatan lain tidak rosak
Ø
Pastikan lantai tidak licin
Ø
Pastikan ruang tempat bermain cukup luas dan
cukup cahaya
Pakaian seorang pemain pingpong lelaki
Pakaian seorang pemain pingpong perempuan
Peralatan yang diperlukan
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN
- Mata tamat pada kiraan 11 mata
- kemenangan pemain ditentukan dengan memnangi dua daripada tiga atau tiga daripada lima permainan
- pemain yang memenangi undian boleh memilih samaada memulakan servis atau menerima servis
- Seorang pemain boleh kehilangan mata dengan cara menyentuh meja dengan tangan tidak memegang bet, menggerakkan meja, menyentuh jaring atau tiang jaring semasa dalam rali. Rali adalah situasi di mana kedua-dua pemain berbalas-balas pukulan
- Jika perseorangan,servis dilakukan sebanyak dua
kali berturut-turut sehingga tamat permainan atau permainan dius iaitu skor
mencapai 10-10
- Dalam permainan dius servis dilakukan secara berselang seli sehingga seorang pemain melebihi 2 mata
SOALAN PEMAHAMAN
1) Senaraikan
aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian dalam permainan pingpong
2) Senaraikan empat kemahiran asas dalam pemainan
pingpong
3) Nyatakan tiga kesalahan yang dilakukan oleh
pemain semasa rali, menyebabkan
pemain lawan mendapat mata
4) Nyatakan
otot-otot utama yang terlibat semasa melakukan smash












