KEMAHIRAN PINGPONG

Permainan pingpong merupakan bab kedua dari aspek kemahiran sukan dan rekreasi

Tuesday, 22 May 2012


BLOG INI DIBANGUNKAN UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR TINGKATAN SATU BAGI MENNDAPATKAN NOTA-NOTA DAN LATIHAN BAGI PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 






Permainan pingpong dikenali sebagai juga sebagai tenis meja dan merupakan salah satu permainan dalaman yang popular dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Permainan ini boleh dimainkan secara perseorangan ataupun secara berpasangan ( beregu ).
                Permainan pingpong dipercayai bermula di England pada kurun ke-12. Ketika itu pemain tidak menggunakan peralatan seperti sekarang. Mereka menggunakan buku sebagai jaring, kadbod sebagai raket dan bola yang diperbuat daripada tali.
                Permainan ini terus diminati dan diperkenalkan ke Jepun, Korea, India, dan Afrika Selatan oleh tentera Inggeris. Persekutuan Tenis Meja Antarabangsa ( ITTF ) ditubuhkan pada 15 Januari 1926 dan Kejohanan Tenis Meja Sedunia yang pertam telah diadakan di London pada tahun 1927. Di negara kita, ianya bermula pada tahun 1958.
                Dalam permainan pingpong, pemain perlu menguasai beberapa kemahiran seperti cara memegang bet dan cara melakukan pukulan, supaya dapat bermain dengan baik dan seterusnya meningkatkan prestasi permainan.
                Oleh sebab permainan pingpong adalah permainan yang pantas, pemain perlu sentiasa bersedia untuk membuat serangan atau bertahan. Kedudukan bersedia akan memudahkan pemain untuk bergerak dengan pantas mengikut keadaan. Selepas melakukan pukulan, pemain sepatutnya segera kembali kepada kedudukan bersedia. Kedudukan bersedia adalah dalam permainan pingpong adalah seperti berikut :

    Ø  Buka kaki mengikut keselesaan
    Ø  Bongkok sedikit
    Ø  Berat badan pada bebola kaki
    Ø  Lutut, siku dan pergelangan kaki bengkok
    Ø  Bet dibawa ke hadapan




KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN PINGPONG

Kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai dalam permainan pingpong ialah grip atau cara untuk memegang bet, melakukan servis, pukulan dan smash.

A ) Grip ( Memegang bet )
Terdapat dua jenis grip yang biasa digunakan, iaitu grip jabat tangan dan grip pegang pen. Setiap jenis grip mempunyai kelebihan. Bagaimanapun, pemain biasanya pemain menggunakan grip mengikut keselesaannya.

i ) Teknik grip jabat tangan



Ø  Kelima-lima jari menggenggam pemegang seperti berjabat tangan
Ø  Ibu jari dan jari telunjuk berada di bahagian permukaan bet yang berlainan
Ø  Jari tengah,jari manis dan jari kelengkeng menggeggam sepenuhnya pemegang bet
Ø  Jari telunjuk lurus dan ibu jari dibengkokkan sedikit
Ø  Pegang bet dalam keadaan selesa





Teknik jabat tangan


ii) Teknik grip pegang pen
  •  Ibu jari dan jari telunjuk menggenggam pemegang seperti memegang pen
  •  Jari-jari lain dibengkokkan sedikit dibahagian belakang bet
  •  Pegang bet dengan keadaan selesa









Ø 



Teknik pegang pen

B) Servis
Permainan pingpong dimulakan dengan salah seorang pemain melakukan servis. Servis yang baik akan memudahkan pemain mendapat mata apabila pemain lawan gagal mengembalikan bola. Jika pemain lawan membalas secara bertahan, ini member peluang kepada pemain supaya terus membuat serangan. Servis boleh dilakukan dengan pukulan hadapan ataupukulan kilas.

i)   Teknik melakukan servis pukulan hadapan
        Ø  Kedudukan bersedia
Ø  Letakkan bola di atas tapak tangan dengan jari-jari diluruskan
Ø  Kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang
Ø  Pindahkan berat badan ke kaki kanan ( jika bola di tangan kiri )
Ø  Lambung bola
Ø  Kilaskan badan serentak dengan ayunan tangan
Ø  Pukul bola sebaik sahaja bola jatuh
Ø  Pindahkan berat badan ke kaki kiri 


Servis pukulan hadapan 


ii) Teknik melakukan servis pukulan kilas 

Ø  Kedudukan bersedia
Ø  Letakkan bola di atas tapak tangan dengan jari-jari diluruskan
Ø  Bawa bet menyilang badan
Ø  Kilaskan badan
Ø  Pindahkan berat badan ke kaki kiri
Ø  Lambung bola
Ø  Kilaskan badan serentak dengan ayunan tangan ke hadapan
Ø  Pukul bola sebaik sahaja bola jatuh
Ø  Pindahkan berat badan ke kaki hadapan 








Servis pukulan kilas 




C ) Pukulan
    Terdapat dua jenis pukulan asas dalam permainan pingpong iaitu pukulan hadapan dan pukulan kilas Semasa melakukan pukulan, tangan hendaklah dalam keadaan selesa. Kekuatan pukulan bergantung kepada kilasan badan, ayunan lengan dan pergerakan pergelangan tangan.

i) Teknik melakukan pukulan hadapan 



Ø  Kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang
Ø  Pindahkan berat badan ke kaki belakang
Ø  Pandang bola dan bawa bet rapat ke badan
Ø  Kilaskan badan bersama ayunan tangan ke hadapan
Ø  Pada kedudukan bola yang sesuai, pukul bola yang melantun dari meja
Ø  Pindahkan semula berat badan pada kaki hadapan 




Pukulan hadapan 


          ii) Teknik melakukan pukulan kilas 



Ø  Bawa bet menyilang ke sisi badan
Ø  Kilaskan badan dan pindahkan berat badan ke kaki belakang
Ø  Mata memandang bola
Ø  Balas kilas badan serentak dengan ayunan tangan ke hadapan
Ø  Pada kedudukan bola yang sesuai,pukul bola yang telah melantun dari meja
Ø  Pindahkan semula berat badan pada kaki hadapan 





Pukulan kilas

 d) Smash
Melakukan smash boleh menyebabkan pemain lawan sukar untuk membalas pukulan. Bola yang hendak 
dismash perlu berada peda kedudukan yang sesuai. Kemahiran melakukan smash adalah gabungan pergerakan pergelangan tangan, lengan dan kilasan badan. Smash boleh dilakukan secara pukulan hadapan atau pukulan kilas dengan gerakan yang lebih pantas.

Teknik melakukan smash



Ø  Ayunkan tangan ke belakang lebih jauh
Ø  Pindahkan berat badan sepenuhnya ke kaki hadapan semasa ayunan ke hadapan
Ø  Lakukan pukulan dengan pantas semasa bet menyentuh bola
Ø  Iku lajak sepenuhnya. 





 Seorang pemain sedang melakukan smash


               Gerak badan semasa melakukan smash 





KESELAMATAN SEMASA BERMAIN PINGPONG 



Ø  Lakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan
Ø  Gunakan pakaian dan kasut yang sesuai
Ø  Pastikan meja dan peralatan lain tidak rosak
Ø  Pastikan lantai tidak licin
Ø  Pastikan ruang tempat bermain cukup luas dan cukup cahaya



Pakaian seorang pemain pingpong lelaki 



Pakaian seorang pemain pingpong perempuan 


Peralatan yang diperlukan 


UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN

  • Mata tamat pada kiraan 11 mata 
  • kemenangan pemain ditentukan dengan memnangi dua daripada tiga atau tiga daripada lima permainan
  • pemain yang memenangi undian boleh memilih samaada memulakan servis atau menerima servis 
  •   Seorang pemain boleh kehilangan mata dengan cara menyentuh meja dengan tangan tidak memegang bet, menggerakkan meja, menyentuh jaring atau tiang jaring semasa dalam rali. Rali adalah situasi di mana kedua-dua pemain berbalas-balas pukulan
  • Jika perseorangan,servis dilakukan sebanyak dua kali berturut-turut sehingga tamat permainan atau permainan dius iaitu skor mencapai 10-10 
  •  Dalam permainan dius servis dilakukan secara berselang seli sehingga seorang pemain melebihi 2 mata












       SOALAN PEMAHAMAN

1) Senaraikan aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian dalam permainan pingpong
2)  Senaraikan empat kemahiran asas dalam pemainan pingpong
3) Nyatakan tiga kesalahan yang dilakukan oleh pemain semasa rali, menyebabkan 
   pemain lawan mendapat mata
4) Nyatakan otot-otot utama yang terlibat semasa melakukan smash 






























No comments:

Post a Comment